Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Tiong Ling Hii berkata, mayat Wong Khoon Yung ditemukan pada pukul 9.05 pagi iaitu kira-kira 2 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Katanya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Ekoran penemuan mayat tersebut, operasi mencari mangsa yang digerakkan sejak tiga hari lalu ditamatkan pukul 11.15 pagi ini,” katanya ketika dihubungi di sini, petang ini. - UTUSAN ONLINE