Ketua Polis negeri, Datuk Dr Ab. Rahman Ismail berkata, kedua-dua mangsa ditemukan oleh penduduk kampung kawasan berkenaan kira-kira pukul 9.30 malam dan 10.30 pagi tadi.


Katanya, setakat ini, tanda-tanda indentiti kedua-dua mangsa sudah dikenalpasti dan proses pengecaman akan dibuat kedua-dua keluarga masing-masing yang dalam perjalanan ke sana.


Ujarnya, mayat Amir Azfar Rafa, 13, ditemukan terdampar oleh penduduk kampung di pantai berkenaan kira-kira pukul 9.30 malam tadi.


“Mayat kedua, Ahmad Haziem Anizam, 14, pula dijumpai pada pukul 10.30 pagi tadi. Jarak antara kedua-dua mayat yang dijumpai lebih kurang lima kilometer. Jarak antara Pantai Tok Bali dengan Pantai Tak Bai kira-kira 90 kilometer.


“Kedua-dua mayat kemudian dibawa ke Hospital Narathiwat untuk proses pengecaman kedua-dua keluarga yang terlibat,” katanya di sini hari ini.


Dalam kejadian Ahad lalu, Amir Azfar dan Ahmad Haziem dilaporkan lemas ketika mandi manda di pantai Tok Bali kira-kira pukul 4.15 petang.-UTUSAN ONLINE.