Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis berkata, mayat Muhamad Syafiq Rosli, 15, dijumpai pada pukul 10.10 pagi manakala Muhammad Alias M. Sadri, 15, ditemukan 45 minit kemudian.

Menurut beliau, mangsa pertama, Muhammad Iqqmal Haziq Muhammad Nozili, 12, ditemukan pada pukul 10.03 malam tadi.

“Kedua-dua mangsa yang terperangkap di dasar sungai dijumpai dalam jarak tiga meter masing-masing pada pukul 10.10 pagi dan 10.55 pagi.

“Difahamkan, mereka sebelum itu cuba menyelamatkan Muhammad Iqqmal Haziq yang lemas namun, kedua-duanya turut lemas selepas dibawa arus deras,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.

Norazam berkata, berdasarkan siasatan, ketiga-tiga mangsa datang ke sungai itu pada pukul 4 petang semalam untuk memancing dan mandi.

Ujarnya, seorang lagi rakan mereka, Haikal Najmi Azhar, 15, terselamat.

Tambah beliau, kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk dibedah siasat. - UTUSAN ONLINE