Difahamkan mangsa, Che Azemi Idris, 60, yang juga pesara tentera serta isteri, Fatimah Wati Ishak, 46, dan anak tirinya Nurraisya Hanaa Abdullah, 3, yang meninggal dunia di tempat kejadian keluar bersiar-siar ketika kejadian.

Pasangan isteri itu baru sahaja berkahwin dan Nurraisya merupakan anak Fatimah Wati daripada perkahwinan terdahulu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa, pihaknya menahan pemandu yang melanggar motosikal dinaiki mangsa.

"Hasil ujian saringan urin suspek negatif dan dia ditahan bagi membantu siasatan kes itu, " katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Akhbar melaporkan tiga beranak itu maut dipercayai apabila motosikal dinaiki mereka dilanggar pemandu kereta yang cuba memotong kenderaan di hadapannya namun gagal lalu merempuh motosikal mangsa. - UTUSAN ONLINE