ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membawa keluar mayat seorang pekerja
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membawa keluar mayat seorang pekerja binaan warga Bangladesh, Basad (gambar kecil) yang maut akibat tertimbus tanah ketika membina saluran air di pekan Lukut, Telok Kemang, Negeri Sembilan, semalam. – IHSAN BOMBA DAN PENYELAMAT

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Adzli Abu Shah berkata, mangsa yang ha­nya dikenali sebagai Basad, 34, sedang melakukan kerja-kerja membina saluran air sewaktu kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu.

“Mangsa ketika itu sedang melakukan kerja di dalam tanah sedalam empat meter bersama seorang lagi rakan sekerjanya. Rakan mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri selepas menyedari tanah sedang runtuh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Adzli, mayat mangsa dikeluarkan dari lokasi kejadian oleh anggota Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes ini diklasifikasikan sebagai kematian me­ngejut,” katanya.