Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa yang mengambil upah mengait tanaman itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian leher.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, ketika kejadian alat pengait kelapa sawit tersebut sedang dibawa mangsa dengan menaiki motosikal untuk menuju ke kebun berhampiran.

“Ketika baru keluar daripada bangsal di rumah kawannya, alat pengait itu tersangkut sebatang tiang tetapi motosikal mangsa terus bergerak ke hadapan lalu terkena mata sabit berkenaan.

“Akibatnya, mata sabit yang berada di depan mangsa itu terkena bahagian lehernya sebelum mangsa jatuh daripada motosikal itu,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Zaharudin berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk bedah siasat dan polis juga masih menyiasat kejadian tersebut. -UTUSAN ONLINE