MOHD. FARIQ FYRDAUS HARUN
MOHD. FARIQ FYRDAUS HARUN

Dalam kejadian pukul  11.00 pagi itu, Mohd Fariq Fyrdaus Harun,30, disahkan meninggal dunia setibanya di Unit Kecemasan Hospital Dungun.

 Mangsa dikatakan berusaha memetik kelapa sebagai persediaan untuk mengadakan majlis tahlil dan kesyukuran sempena kelahiran anak bongsunya , Mohd Firdan Mohd Fariq Fyrdaus yang berusia 29 hari.

 Mangsa dikatakan tergelincir ketika sedang memetik buah kelapa dan terjatuh dari ketinggian lebih 20 meter.

 Kejadian tersebut disedari oleh orang ramai dan segera mengejarkan mangsa ke hospital.

 Isteri mangsa , Khairunnisa Salem, 29, ketika ditemui memberitahu, arwah sempat memandikan anak sulungnya Mohd Fayyad Mohd Fariq Fyrdaus, 2, dan anak bongsunya sebelum keluar untuk memetik kelapa.

 Menurutnya, arwah yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu merupakan seorang yang sangat sayangkan anak -anak.

  Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Zailani Yaakub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian tersebut. - UTUSAN ONLINE