Dalam kejadian pukul 9.45 malam itu, M. Ganesh, 54, yang cedera parah  meninggal dunia ketika dalam perjalanan  ke Klinik Kesihatan Bukit Besi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan berkenaan kejadian tersebut.

Menurut Baharudin, ketika kejadian  mangsa yang menetap di Kuantan dikatakan sedang mengawasi pergerakan mesin yang mengasingkan bijih besi. 

“Ketika mangsa sedang cuba membuang bijih besi yang tersangkut pada pedati terbabit, tangannya telah digilis hingga putus.

 “Rakan mangsa yang mendengar jeritan mangsa  bertindak membantu sebelum mengejarkan mangsa dan tangannya yang putus itu ke Klinik Kesihatan berhampiran,” katanya. 

Baharudin berkata, mayat mangsa kemudiannya telah dibawa ke Unit  Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut. - UTUSAN ONLINE