MUHAMMAD SYAFIZ AZIZ
MUHAMMAD SYAFIZ AZIZ 

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi ketika mangsa, Muhammad Syafiq Aziz, 21, menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dalam perjalanan dari arah Merlimau menghala ke Alor Gajah.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Arshad Abu berkata, kemalangan itu mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

"Sebaik sahaja tiba di lokasi, motosikal mangsa yang dipercayai ditunggang dalam keadaan laju telah hilang kawalan lalu terbabas," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Arshad, mayat mangsa dibawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE