Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Maut selepas langgar lampu isyarat merah

KUALA LUMPUR 16 Julai - Padah melanggar lampu isyarat merah, seorang penunggang motosikal maut selepas gagal mengelak kereta di hadapannya dalam kejadian di Kilometer 20.5, Lebuh Raya Damansara-Puchong, dekat Puchong hari ini.

KEADAAN mayat penunggang motosikal dalam kejadian kemalangan di KM 20.5 LDP Puchong hari ini.

Dalam kejadian pukul 1.40 petang itu, lelaki terbabit Ahmad Kashfullah Mohd. Ghazali, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat luka parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, ketika kejadian, kereta Perodua Kelisa dipandu seorang wanita itu sedang dalam perjalanan menghala ke Puchong dari arah Damansara.

“Ketika melalui persimpangan trafik yang pada ketika itu sedang hijau, sebuah motosikal dari arah kanan tiba-tiba merempuh kenderaan wanita terbabit sehingga menyebabkan kecederaan parah pada penunggang motosikal tersebut.

“Dia kemudian disahkan meninggal dunia dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain