Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi, mangsa, Yahya Abdullah, 35, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di kepala dan badan.

Kejadian itu dikatakan berlaku apabila mangsa gagal mengawal kereta Proton Saga yang dipandunya sebelum terbabas merempuh sebatang pokok rhu di bahu jalan berhampiran Kampung Kuala Semerak di sinj.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdul Rozak Muhamad berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Dalam Rhu, dekat sini, dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Besut menuju ke Semerak. 

"Mangsa yang memandu seorang diri  meninggal dunia di tempat kejadian . 

“Rempuhan yang kuat menyebabkan keretanya remuk . Mangsa tersepit sehingga memerlukan khidmat bomba untuk mengeluarkannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Abdul Rozak berkata, mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Tengku Anis (HTA) untuk bedah siasat dan kematiannya disebabkan kecederaan parah pada kepala dan dada. 

"Kes  disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - UTUSAN ONLINE