Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Maut sebelum konvokesyen

MELAKA 11 Sept. - Seorang pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang yang bakal menerima sijil pada majlis konvokesyen 25 September ini maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh jentera pe­ngorek di Jalan Kiyai Hashim di sini hari ini.

Nazmi Haris Sulaiman, 20, yang me­rupakan anak kepada Pengarah Kebersihan dan Kesihatan, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Sulaiman Md. Sam meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu.

Sulaiman ketika ditemui berkata, sebelum kejadian, dia bersama isteri dan mangsa keluar dari rumah mereka di Duyong pada pukul 8 pagi tetapi menaiki kenderaan berasingan untuk ke tempat kerja.

“Saya dihubungi isteri kira-kira pukul 8.20 pagi memaklumkan dia tidak dapat menghubungi Nazmi dan bimbang de­ngan keselamatannya selepas ternam­pak kemalangan semasa menghala ke arah Melaka Mall.

“Saya ketika itu masih dalam perjalanan serta segera ke lokasi itu dan sebaik sahaja mengenal pasti motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu adalah motosikal Nazmi, pegawai perubatan mengesahkan anak saya telah meninggal dunia,” katanya di Jabatan Forensik Hospital Melaka di sini.

Menurut Sulaiman, anak kedua daripada tiga beradik itu mengambil jurusan automotif di Kolej Komuniti Bukit Beruang sepatutnya menghadiri majlis konvokesyen pada 25 September ini.

“Segala persiapan telah dilakukan dan hanya tinggal urusan mengambil jubah iaitu seminggu sebelum tarikh konvokesyen, namun siapa sangka kejadian itu menimpa anak kami dan hasratnya untuk memegang sijil tidak kesam­paian,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Mohd. Sham Abdullah berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC 135 telah melanggar sebuah jentera pengorek pasir dari arah sama menghala bulatan Taman Merak.

“Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, mangsa yang datang dari arah Bukit Katil telah melanggar bahagian belakang kanan jentera pengorek pasir,” katanya.

Berikutan itu tambah beliau, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1985.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain