Kemalangan tersebut mengakibatkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu sebelum orang ramai menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

Berikutan itu seramai 10 anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan 11 Mohd. Kamil Zulkifli dikejarkan ke tempat kejadian dengan satu jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

"Ketika bomba tiba didapati seorang mangsa tersepit dalam kenderaan tersebut. Mangsa dikeluarkan oleh pihak bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang turut hadir di lokasi kejadian.

"Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.
Tiada identiti mangsa ditemui di lokasi kejadian," ujar Mohd. Kamil ketika dihubungi sebentar tadi. - UTUSAN  ONLINE