Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 malam itu, mangsa, Muhammad Dzulhani Nasir, 17, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC telah melanggar belakang kanan lori terbabit yang sedang perlahan untuk berhenti di lorong kecemasan.

“Berdasarkan maklumat awal daripada pemandu lori berusia 45 tahun itu, dia mendakwa telah memberikan lampu isyarat untuk berhenti di lorong kecemasan kerana ingin membuang air kecil.

“Mangsa bagaimanapun tiba-tiba merempuh bahagian belakang kanan lori tersebut dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Panchor, Muar ke tempat kerja di sebuah restoran makanan segera di Kuala Lumpur.

Hasan berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE