Kejadian pada pukul 11.40 malam itu mengakibatkan mangsa, Chua Chin Liang, 32, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dari arah lebuhraya Utara Selatan arah Utara.

"Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai memberhentikan kenderaannya di tepi jalan sebelum melintas jalan.

"Ketika melintasi jalan telah dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis dan nombor pendaftaran tidak pasti," katanya ketika dihubungi, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE