Dalam kejadian pukul 10.50 pagi di depan Orchird Golf and Country Club itu, mangsa, Md. Rizamir Othman, 33, yang beralamat di Felda Kahang Barat, Kluang tersepit di tempat duduk pemandu.

Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kulai dikejarkan ke tempat kejadian pukul 10.58 pagi sebelum berjaya mengeluarkan mangsa dari kereta Honda Jazz itu pukul 11.49 pagi. - UTUSAN ONLINE