Kejadian pukul 11 pagi itu berlaku ketika mangsa Muhammad Amirul Mat Daud, 17, mahu memetik kelapa muda.

Difahamkan, mangsa yang yang bertandang ke rumah kawannya di Kampung Tasek Berangan telah meminta kebenaran untuk memanjat pokok itu untuk memetik kelapa muda.

Apabila sampai dipuncak, mangsa telah terlepas pegangan di salah sebuah pelepah kelapa lalu terjatuh ke bawah.

Muhammad Amirul yang mengalami kecederaan di bahagian kepala telah dikejarkan ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut. - UTUSAN ONLINE