MAMAT JUMAAT
MAMAT JUMAAT 

Dalam kejadian kira - kira pukul 7.55 pagi itu, mangsa, Mamat Jumaat, 78, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika mengesahkan menerima laporan memberitahu, ketika kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Chendor, Kuantan menuju ke Bandar Cukai.

“Ketika kejadian, keadaan jalan di lokasi kejadian licin akibat hujan yang turun dan keadaan trafik sibuk dengan orang ramai yang hendak ke tempat kerja,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Mohd Said, motosikal mangsa dikatakan secara tiba - tiba memasuki laluan kanan jalan menyebabkan pemandu lori yang membawa muatan bahan kimia tidak sempat mengelak lalu merempuh belakang motosikal mangsa.

“Mangsa terjatuh dan diseret sejauh beberapa meter menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan,”katanya.

Menurut Mohd Said, sepasukan 10 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cukai bersama dua buah jentera telah berkejar ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di celah tayar lori tersebut.

“Disebabkan keadaan mayat yang hancur akibat diseret menyebabkan pasukan bomba mengambil masa kira - kira 10 minit mengeluarkan mangsa yang tersepit di celah tayar,” katanya.

Tambah Mohd Said, kes akan disiasat dibawah seksyen 41 (1 ) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ ) 1987.-UTUSAN ONLINE