Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi tadi itu, mangsa, Mohd Nabil Hashim, 22, yang berasal dari Kota Damansara, Selangor disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kemalangan berlaku ketika motosikal Yamaha Y150 dinaiki mangsa dari arah Penchala menghala ke Jalan Duta tiba-tiba dilanggar sebuah Honda HRV.

“Mangsa kemudian tercampak ke bawah jejambat setinggi lima meter.

“Siasatan awal mendapati Honda HRV yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun itu dipercayai melawan arus,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Zulkefly, mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Univesiti Malaya untuk dibedah siasat sebelum dituntut waris.- UTUSAN ONLINE