Mazlan Abu Bakar, 49, dipercayai terhempap bucket lori yang terturun sendiri dipercayai mengalami masalah hidraulik sebelum dibawa ke klinik desa.

Bagaimanapun mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) dan jenazahnya dikembumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lok Heng Selatan petang tadi.

Isteri mangsa, Roha Md. Taib, 47, berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana menghadiri program di sebuah dewan berhampiran rumahnya.

Dia segera balik selepas dihubungi anaknya yang memintanya pulang tanpa memberitahu kejadian sebenar yang berlaku.

"Sampai rumah saya lihat orang ramai sedang bantu suami sebelum bawa suami menaiki kereta mendapatkan rawatan di klinik desa di mana ketika itu suami masih sedar.

"Saya menemaninya menaiki ambulan untuk dirawat di HKT. Sepanjang jalan saya dengar dia merintih menahan kesakitan. Dia kemudian menghembuskan nafas terakhir sebelum sempat kami sampai di hospital," katanya ditemui di bilik mayat HKT. - UTUSAN ONLINE