Mandal Shudhir Kumar, 25, dikatakan tergelincir ketika berada di tepi longkang berhampiran medan selera di kawasan itu kira-kira pukul 3.15 petang.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Hamdan Sudin, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 3.19 petang dan sepasukan lima anggota dan pegawai dikejarkan ke tempat kejadian.

MAYAT pekerja asing warga Nepal ditemukan tersangkut pada sebatang longkang (tengah) selepas dihanyu

MAYAT pekerja asing warga Nepal ditemukan tersangkut pada sebatang longkang (tengah) selepas dihanyutkan arus deras ketika hujan di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh di sini petang tadi.  - UTUSAN ONLINE/Ihsan JBPM Melaka

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, mangsa telah dikeluarkan dari longkang oleh rakan-rakannya dan diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) oleh pasukan bomba.

“Bagaimanapun, dia disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dipercayai, mangsa terjatuh dan dihanyutkan arus longkang ketika hujan lebat di kawasan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - UTUSAN ONLINE