Timbalan Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Komander Maritim Ismail Hamzah berkata, bilik gerakan operasi yang berpangkalan di Tok Bali menerima maklumat sebuah bot hanyut pada pukul 10.10 malam.

Menurutnya, Bot Maritim Kilat 28 segera ditugaskan ke lokasi berpandukan kedudukan bot mangsa.

“Bot Maritim Kilat 28 yang diketuai Bentara Maritim Zailani Mamat bersama tiga anggota menjumpai bot berkenaan bersama tiga mangsa dalam keadaan selamat pada pukul 12.15 tengah malam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, pemancing terbabit yang diselamatkan ialah Fairol Jusoh, 33, Faris Danial Zaisham, 18, dan Zaisham Mamat, 40, dan mereka bertiga telah dibawa pulang oleh keluarga masing-masing. - UTUSAN ONLINE