Kertas itu kemudiannya disimpan di dalam plastik bersama-sama telefon bimbitnya dan ditemukan pada badannya oleh pasukan mencari dan menyelamat petang tadi.

Menurut seorang anggota mencari dan menyelamat yang enggan dikenali, mangsa dipercayai menulis nama pada kertas berkenaan sebelum memulakan kerja di tapak binaan tersebut awal pagi semalam.

“Ketika mengangkat mayat mangsa, saya terperasan beg plastik berkenaan dan ketika diperiksa, nama mangsa tertera pada kertas itu bersama-sama telefon bimbitnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE