Angka itu meningkat berbanding hanya 58 mangsa daripada 22 buah keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan itu pada sebelah petang, semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Kolonel Muliadi al-Hamdi Ladin berkata, kesemua mangsa adalah dari tiga buah kawasan iaitu Kampung Penampang Baru Kimanis (36 keluarga), Lingan Baru (tiga) dan Mendungi pula enam keluarga.

“Kampung lain yang turut terjejas akibat banjir ialah Kampung Batu 14 Ulu Kimanis, Belatik dan Daigin. Bagaimanapun, tiada pemindahan ke atas penduduk di ketiga-tiga buah kampung ini dibuat setakat ini,” katanya dalam kenyataan di sini pagi ini.

Muliadi menambah, peningkatan jumlah itu ekoran paras air meningkat selepas hujan sekejap-sekejap melanda beberapa daerah sejak malam tadi.

Beliau turut mengesahkan tiada jalan atau laluan yang terputus di kawasan terjejas walaupun dua jalan di Kampung Penampang Baru dan Daigin telah dinaiki air.

Beliau berkata, jalan raya tersebut masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan. - UTUSAN ONLINE