Komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk kes tersebut, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Shukri Ahmad Husaini berkata, jasad Siti Aisyah Kassim, 5, ditemukan pasukan penyelamat kira-kira pukul 4.26 tadi.

"Mayat mangsa ditemukan berhampiran surau Bukit Kemboja iaitu kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian.

"Mayat mangsa diserahkan kepada anggota polis untuk tindakan lanjut," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE