Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norizham Mohd. Nudin berkata, seorang lagi pekerja warga Bangladesh yang cedera di kaki ialah Iqbal Hussein, 31.

“Difahamkam mangsa yang cedera diselamatkan oleh orang awam dan dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Norizham memberitahu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi membawa keluar Abdul sedang giat dijalankan.

“Kami berdepan kesukaran mengeluarkan mangsa kerana pekerja terbabit dihempap runtuhan konkrit di bahagian bumbung.

“Sehingga pukul 8.30 malam tadi, kerja-kerja menyelamat masih giat dijalankan,” katanya. - UTUSAN ONLINE