Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam satu kenyataan berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Operasi mencari dan menyelamat dilakukan selama dua hari bersama sembilan anggota bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Mayat mangsa akhirnya ditemukan pada pukul 2 petang semalam selepas kerja-kerja mencari dan menyelamat dipergiat,” kata jabatan itu.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya selepas tidak pulang ke rumah dari memukat di Sungai Padas pada Sabtu lalu kira-kira pukul 9 pagi. – UTUSAN ONLINE