Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Zahiri Hassan berkata, setakat ini tiga waris telah tampil ke hospital bagi melakukan proses pengecaman dan menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Katanya, sampel DNA waris mangsa yang telah diambil akan dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya dan keputusan ujian tersebut akan diperoleh dalam tempoh dua minggu.

"Waris tiga mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang telah tampil ke hospital semalam untuk proses pengecaman manakala seorang lagi hadir hari ini.

"Waris terbaharu ini berasal dari Shah Alam dan hadir untuk proses pengecaman setelah mengesyaki salah seorang mangsa yang duduk di bahagian hadapan kereta merupakan ahli keluarganya," katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Kuala Kangsar, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE