NORRIZAH SAMAD
NORRIZAH SAMAD

Ibu saudara­nya, Norrizah Sa­mad, 53, ber­kata, mangsa, Nur Afini Ros­lan, 14, sebelum ini bersekolah di SMK Tengku Panglima Pe­rang Tengku Mu­­ham­mad di Kuantan, Pahang sebelum keluarganya berpindah ke Felda Sungai Kelamah, Gemas di sini bulan lalu.

“Dia yang juga anak keempat daripada lima beradik merupa­kan atlet memanah dan saya diberitahu dia pernah mewakili sekolah serta negeri di Pahang.

“Bapanya sebelum ini bekerja dengan sebuah syarikat telekomunikasi di Kuantan. Dia membawa isteri dan anak-anaknya pin­dah ke rumah arwah bapa kami di Felda ini selepas bersara baru-baru ini,” katanya ketika ditemui di Felda Sungai Kelamah Gemas dekat sini.

Norrizah yang juga seorang Gu­ru Bahasa Melayu di sebuah se­kolah kebangsaan di Gemas berkata, Nur Afini seorang yang baik, periang dan ramah malah sa­ngat rapat dengan adik-bera­diknya.

Sementara itu, seorang ibu sau­dara mangsa yang enggan di­kenali berkata, dia terkejut apabila menerima berita kematian anak saudaranya daripada ibu bapa pelajar lain.

“Kali terakhir kami bertemu ialah semasa saya melawat seorang ahli keluarga yang sakit di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban Disember lalu,” katanya.

Dalam pada itu, adik mangsa, Muhammad Addim Roslan, 10, berkata, dia berasa sangat sedih dengan kehilangan kakaknya yang disifatkan sangat rapat de­ngannya dan sentiasa membantunya melakukan kerja-kerja sekolah.

“Kalau di rumah, kakak yang selalu ajar buat kerja sekolah. Kadang-kadang kami gaduh se­bab kakak marah kalau saya nakal,” katanya.