Walau bagaimanapun, sebahagian mereka mula kembali ke rumah masing-masing untuk mencuci dan mengemas peralatan meskipun hujan gerimis di kawasan berkenaan.

PPS berkenaan mula dibuka petang kelmarin selepas kebanyakan rumah penduduk mula dinaiki air sehingga paras satu meter ekoran hujan lebat sejak awal pagi.

Rata-rata mangsa yang ditemui masih menyuarakan kebimbangan apabila keadaan cuaca mendung  berterusan selain kemungkinan pertembungan  dengan air pasang besar. -UTUSAN ONLINE