Ketua Polis Daerah SPT Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, seramai 3,309 mangsa daripada 742 keluarga masih berada di 26 pusat pemindahan di daerah itu.

Menurutnya, daripada jumlah itu, mangsa paling ramai adalah di Dewan Perkampungan Juru melibatkan 186 keluarga dengan 1,056 mangsa.

Sementara itu di SPU, sebanyak 22 pusat pemindahan telah dibuka yang menempatkan 4,032 mangsa daripada 1,034 keluarga.

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pusat pemindahan dengan mangsa teramai adalah Dewan Kampung Lubuk Meriam dengan 528 mangsa daripada 130 keluarga.

“Jumlah mangsa yang ditempatkan di Sekolah Agama Nurul Hidayah Sungai Lokan juga kekal 115 keluarga dengan 476 mangsa,” katanya. - UTUSAN ONLINE