AYUB RAHMAT
AYUB RAHMAT

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, iaitu Balairaya Kampung Mensudut Lama menempatkan seramai 28 orang daripada tujuh keluarga.


Katanya, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Balai Badang yang dibuka 4 petang semalam pula menempatkan 10 orang daripada empat buah keluarga.


Menurutnya, pemantauan di kawasan tersebut dilakukan secara berterusan oleh pelbagai agensi dan pejabat daerah. - UTUSAN ONLINE