Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Mejar Ismail Mahedin berkata, kesemua mangsa terbabit ditempatkan di 20 pusat pemindahan yang dibuka di beberapa daerah yang terjejas.

“Daerah yang terlibat banjir ialah Kuching, Samarahan, Serian, Mukah dan Bintulu,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Beliau berkata, setakat ini, keadaan di kawasan terlibat dengan bencana itu masih lagi terkawal dan usaha pemantauan berterusan dijalankan dari semasa ke semasa. - UTUSAN ONLINE