Daripada jumlah itu, mangsa banjir di Kota Belud meningiat kepada 2,089 orang daripada 323 buah keluarga yang ketika ini berada di lapan buah pusat pemindahan banjir iaitu Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Said, SMK Taun Gusi 1, Dewan Masyarakat Tun Said, SMK Taun Gusi 2, Dewan Gopog Taginambut, Muhibah Tombol, Dewan SK Pekan dan Dewan SK Taun Gusi.

Di Tuaran pula, sebanyak 288 mangsa daripada 64 buah keluarga di 21 buah kampung turut dipindahkan ke tiga buah pusat pemindahan iaitu SMK Sri Nangka, Masjid Kampung Bunga dan Surau Pengkalan, Tuaran.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), keadaan cuaca setakat pukul 10 pagi ini di dua daerah itu hujan dan mendung serta beberapa lagi kawasan sekitar negeri ini termasuk bandar raya Kota Kinabalu.

“Sebanyak lapan buah jalan di Kota Belud iaitu jalan Kampung Marajah-Donggoi, Lebak Moyoh Bypass, Sembirai, Lebak Engad. Menunggui, Bobot, Kota Belud dan Siasai Tamu terputus akibat banjir.

“Paras Sungai Tempasuk dan Abas masing-masing mencatatkan paras bahaya iaitu 5.46 meter dan 5.7 meter manakala Kadamaian pula normal 0.73 meter,” kata APM dalam kenyataannya pagi ini.

Sementara itu, jalan Tinambak dan jalan Kampung Bunga Tenghilan di Tuaran dilaporkan tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan akibat dinaiki air.

Hujat lebat dan angin kencang yang melanda negeri ini sejak beberaoa hari lalu turut mengakibatkan banyak kejadian pokok tumbang dan kerosakan harta benda di beberapa buah kawasan.