Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Zainal Yusoff berkata, jumlah tersebut melibatkan daerah ini dan Rompin dengan keseluruhan sebanyak 530 keluarga dipindahkan setakat pukul 8 pagi ini.

"Sebanyak 19 pusat pemindahan sementara dibuka iaitu 12 di daerah ini dan tujuh di Rompin.

"Trend air masih menunjukkan peningkatan yang berpunca daripada hujan lebat berterusan," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE