Daerah-daerah lain ialah Kuantan, Rompin, Bera, Pekan, Lipis dan Jerantut.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga pukul 9 pagi ini, sebanyak 56 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka iaitu 31 di daerah ini, Rompin (sembilan PPS), Pekan( tujuh PPS) , Maran (satu PPS), Bera (dua PPS) dan masing-masing tiga di Jerantut serta Lipis.

“Bagi daerah ini, seramai 7,802 mangsa banjir dipindahkan daripada 2,189 keluarga, di daerah Rompin pula seramai 653 mangsa melibatkan 175 keluarga.

“Di Pekan pula, seramai 1,251 mangsa membabitkan 308 keluarga dan 54 mangsa dari 10 keluarga dipindahkan di daerah Jerantut manakala Bera seramai 36 mangsa daripada 10 keluarga diikuti Lipis seramai 19 mangsa dan di Maran pula seramai 51 mangsa (13 keluarga)” kata portal berkenaan


Sementara itu, Pemangku Pengarah Pendidikan negeri, Dr. Tajuddin Mohd.Yunus berkata, sebanyak 23 buah sekolah ditutup berikutan fenomena banjir membabitkan Kuantan sebanyak 15 buah sekolah, Jerantut (dua buah), Lipis (tiga buah) dan masing masing-masing sebuah di Pekan, Maran serta Bera.

“Kira-kira 8,000 guru, staf dan murid terlibat dan tidak dapat ke sekolah seperti biasa. Bagi guru dan staf, mereka perlu melapor diri di sekolah atau pejabat pendidikan daerah berhampiran,” katanya.- UTUSAN ONLINE