Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, sebanyak 463 orang daripada 162 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah St Patrick, 127 orang daripada 45 keluarga di Dewan Serbaguna Membakut dan 47 lagi daripada 14 keluarga ditempatkan di Bangunan KAFA Mambakut.

Bacaan paras air Sungai Membakut menurun kepada 5.61 meter berbanding 5.86 meter malam tadi. - BERNAMA