Sehingga pukul 4.30 petang ini, jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan sementara adalah 242 orang melibatkan 57 keluarga.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, Leftenan Kolonel Effendy Ali berkata, kesemua mangsa kini ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara, masing-masing di daerah Jasin dan Alor Gajah.

“Di daerah Jasin, sebanyak 159 mangsa terdiri daripada 38 buah keluarga masih berada di tiga pusat pemindahan dengan dua lagi pusat pemindahan ditutup pada pukul 12 tengah hari tadi.

Di daerah Alor Gajah pula, seramai 83 mangsa daripada 19 keluarga masih berada di tiga pusat pemindahan manakala dua pusat pemindahan di daerah ini turut ditutup,” katanya dalam satu kenyataan di sini petang ini. - UTUSAN ONLINE