Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, kesemua mangsa ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara.

“Mangsa banjir di negeri ini seramai 1,062 orang daripada 286 buah keluarga.

“Daerah yang terjejas ketika ini adalah Segamat dan Mersing,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE