Sekretariat Pengurusan Bencana Kulim/Bandar Baharu, Leftenan Mohd. Fadhil Fahmi Zaini berkata, 
mangsa yang terdiri daripada 19 lelaki dewasa, 12 wanita dewasa, 19 kanak-kanak, 11 warga emas, dua bayi dan tiga orang kurang upaya itu ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ulu di sini.


“Sebanyak 17 rumah penduduk di kampung berkenaan dinaiki air. 


“Pihak kami memantau kawasan banjir dan menasihatkan mangsa supaya berpindah keluar ke pusat pemindahan,” katanya di sini.


Banjir melanda kawasan tersebut sejak lewat petang kelmarin ekoran hujan lebat berterusan sehingga empat jam sehingga menjejaskan lebih 100 penduduk termasuk 62 daripadanya terpaksa berpindah apabila rumah mereka dinaiki air.-UTUSAN ONLINE