Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap satu daripada serangan tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan serangan itu sebagai kejam dan menyatakan tindakan tersebut tidak mempunyai tempat di dalam Islam.

“Mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam yang berlaku di Afghanistan. Ekstremis tidak mempunyai tempat di dalam Islam,” jelas Najib menerusi akaun Twitter beliau hari ini.

Menurut laporan Reuters, serangan pertama berlaku di masjid milik penganut Syiah di wilayah Dasht-e-Barchi, Kabul yang dilaporkan mengorbankan 39 orang dan kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan tetapi tiada bukti disertakan bagi menyokong dakwaan itu.

Satu lagi serangan berlaku di sebuah masjid di wilayah Ghor mengorbankan lebih 30 orang, tetapi tiada pihak mengaku bertanggungjawab.-UTUSAN ONLINE