Kebakaran makmal di tingkat dua SMK Inanam itu berlaku kira-kira pukul pukul 12.50 tengah hari ini.


Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.56 tengah hari sebelum menghantar bantuan tujuh anggota dari Balai Bomba Lintas.


Katanya, sebaik sahaja tiba pada pukul 1 petang, kebakaran telah memusnahkan hampir 40 peratus makmal sekolah terbabit dan api berjaya dikawal 12 minit kemudian.


“Ketika kebakaran tiada kemalangan jiwa mahupun mangsa yang cedera dilaporkan.


“Setakat ini, kita sedang menjalankan siasatan punca berlakunya kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.