Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs berkenan berangkat menyampaikan sumbangan tersebut, semalam.

Sumbangan disampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Baitul Maal Hidayatullah (BMH), Marwan Mujahidin dalam pertemuan ringkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Turut hadir Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan CEO MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Mohd. Nazim ketika ditemui berkata, pihak MAIPs menjalin kerjasama dengan BMH, antara sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terawal berada di Palu untuk membantu mangsa bencana.

Katanya, pihaknya turut merancang melancarkan tabung di Perlis bagi mengumpul dana untuk diserahkan kepada BMH.

“Sehari selepas kejadian (tsunami), kita memutuskan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa yang pada masa ini amat memerlukan makanan,” katanya.

Marwan pula memberitahu, seramai kira-kira 100 buah pasukan sukarelawan di Indonesia kini berada di kawasan bencana bagi membantu mangsa-mangsa.

“Kehidupan penduduk sukar kerana kekurangan makanan dan ditambah pula dengan tiada bekalan elektrik yang terputus. - UTUSAN ONLINE