Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lori terbalik, pemandu maut

Lebih 12 jam cuci 25,000 liter asid tumpah, lebuh raya sesak teruk

KEADAAN lori tangki terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan dekat 2
KEADAAN lori tangki terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Senawang, Negeri Sembilan, awal pagi semalam yang mengakibatkan laluan Senawang-Pedas Linggi ditutup kepada lalu lintas kira-kira sembilan jam. – MINGGUAN/Izzul Ahmad

SEREMBAN 12 Ogos - Seorang pemandu lori tangki membawa muatan asid maut selepas kenderaan berat dipandunya itu terbalik dalam kemalangan yang turut membabitkan sebuah kereta di Kilometer 251.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat sini hari ini.

Pemandu tersebut, Sura­z­ru Mohamed Saker, 37, yang berasal dari Manek Urai, Kelantan mening­gal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala manakala dua remaja pe­rempuan berusia 18 dan 19 tahun yang menaiki kereta Toyota Vios cedera.

Nahas kira-kira pukul 3.15 pagi itu turut mengakibatkan kira-kira 25,000 liter asid tumpah di atas lebuh raya dan laluan di ke­dua-dua arah di lokasi kejadian terpaksa ditutup sejak pukul 4 pagi.

Timbalan Ketua Polis daerah, Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, ke­ma­langan berlaku apabila lori tangki yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor tiba-tiba hilang kawalan apabila tiba di lokasi kejadian.
 “Ketika itu kereta yang dinaiki dua remaja yang merupakan pelajar di sebuah universiti swasta di Melaka itu berada di belakang lori tangki berkenaan. Kereta itu tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang lori tangki tersebut.

“Ini menyebabkan kereta itu berpusing beberapa kali dan lori tangki pula melanggar besi penghadang lebuh raya. Pemandu lori tangki dipercayai melompat keluar bagi menyelamatkan diri namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala,” katanya di sini hari ini.
 Menurut Sulizmie Affendy, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis berkata, kerja-kerja pembersihan mengambil masa lebih 12 jam dan pihaknya menyembur cecair buih bagi meneutralkan asid yang tumpah.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.22 pagi dan seramai 20 anggota dari Balai Bomba Senawang, Seremban 2 dan Rembau termasuk pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) tiba di lokasi kemalangan 14 minit kemudian,” katanya.

Ujarnya, kemalangan itu menyebabkan kesesakan trafik sejauh lebih 10 kilometer (km) dari susur Bandar Ainsdale menghala ke selatan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain