Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah, Zainal Abidin Nong Chik berkata, kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu berlaku ketika mangsa bersama dua rakannya dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur.

"Anggota bomba yang tiba di tempat kejadian pada pukul 2 petang mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dan dihantar ke Hospital Bentong.

"Difahamkan terdapat lagi seorang mangsa dan pihak bomba masih meneruskan operasi mencari,"katanya, hari ini. - UTUSAN ONLINE