Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Zaldino Zaludin berkata, kejadian itu melibatkan sebanyak 15 motosikal, tiga kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah lori lain.

"Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, pemandu lori treler berusia 31 tahun yang menghantar serbuk kelapa sawit dari Lumut, Perak ke kilang itu meletakkan kenderaannya di tepi jalan berdekatan kilang berkenaan. 

"Dia kemudian pergi ke kantin untuk makan. Bagaimanapun tanpa disedarinya lori tersebut menggelongsor dan melanggar kenderaan di kawasan berkenaan," katanya di sini hari ini.

Zaldino berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59 kerana kesalahan memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan. - UTUSAN ONLINE