Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu berlaku ketika lori berkenaan dalam perjalanan dari Kuantan membawa bekalan untuk stesen minyak di Jerteh, dan pemandunya, Rosla Ibrahim,45 tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Seorang saksi, Razali Salleh,58, memberitahu, dia melihat pemandu berkenaan telah memberhentikan lorinya, dipercayai untuk berehat tetapi naik semula membawa kenderaan itu beredar ke tempat lain.

"Bagaimanapun ketika cuba membelok lori itu, tiba-tiba senget dipercayai tidak seimbang lalu terbalik bahagian tangkinya.

Dua buah jentera bomba dari Balai Bomba Jerteh bersama 9 anggota dan sebuah dari balai Bomba Besut bersama 7 anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan melakukan semburan buih untuk menghalang kejadian tidak diingini sambil dibantu oleh beberapa angota polis mengawal lalu-lintas.   

Ketua Balai Bomba Jerteh, Mohd Zamri Omar berkata, pihaknya menyediakan 10 tong buih  untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang melibatkan keselamatan orang ramai sementara pihak pengurusan syarikat berusaha memindahkan minyak dari tangki lori itu yang dipercayai bocor ke sebuah lori lain.

Anggota bomba turut menggunakan habuk kayu untuk menutup minyak yang keluar dari tangki. - UTUSAN ONLINE