Kejadian berlaku ketika lori tersebut dalam perjalanan dari Terminal Minyak Kerteh, Kemaman untuk menghantar bekalan ke Tok Bali, Kelantan.


Pemandunya, Mohd Syam Zainal Abidin, 48 , yang ditemui berkata, ketika kejadian dia terdengar salah satu daripada tayar lori di bahagian belakang itu meletup dan memberhentikan kenderaan untuk memeriksa keadaan.


“Saya terlihat asap mulai keluar dari injap bahagian bawah tangki dan cuba memadamkannya menggunakan pemadam api namun tidak berjaya,”ujarnya.


Akibat dari kebakaran tersebut , aliran trafik di lebuh raya tersebut terrhenti sejauh 3 kilometer bagi pengguna yang menghala ke Kuala Terengganu .


Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu , Penguasa Kanan 2 , Khir Amir Ahmad ketika ditemui berkata , sebanyak 45 anggota dari 4 balai bomba telah dikerah untuk kerja pemadaman.


“Kita mendapat bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Balai Dungun , Balai Al Mukhtafi Billah Shah dan Balai Kerteh untuk operasi pemadaman “ katanya.


Menurutnya api sukar dipadamkan kerana lori tersebut membawa kandungan minyak diesel dalam kuantiti yang banyak dan pihaknya melakukan kerja - kerja semburan pencegahan bagi mengelakkan ianya merebak.


“Kita menghadapi ekurangan sumber air menyebabkan operasi pemadaman menjadi sukar dan terpaksa di bantu oleh jentera dari Balai Bomba Cukai untuk membawa bekalan,” ujar beliau.-UTUSAN ONLINE