Kejadian pada pukul 11.50 malam itu turut menyebabkan pemandu serta kelindan kenderaan berat itu cedera dan dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk menerima rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Mohd. Asroy Mohd. Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 11.54 malam sebelum berkejar ke tempat kejadian.

“Lori tangki itu terbabas dan terbalik di tengah jalan raya sehingga mengakibatkan tumpahan petroleum seluas kira-kira 30 meter di atas jalan raya.

“Lori berkenaan dialihkan ke tepi lebuh raya dan pasukan bomba membuat pemindahan bahan petroleum ke lori tangki lain sebelum operasi ditamatkan kira-kira pukul 7 pagi ini,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Mohd. Asroy memberitahu, sebanyak enam kenderaan bomba pelbagai jenis dan 14 anggota termasuk dari Balai Penggaram, Ayer Hitam, Kluang dan Johor Bahru terlibat dalam operasi itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis daerah, Superintenden KS. Mender Singh berkata, siasatan awal mendapati lori tangki tersebut mengalami masalah brek belakang sehingga menyebabkannya hilang kawalan. - UTUSAN ONLINE