Menurut maklumat Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, kejadian itu berlaku di Kilometer 7.6 di atas jambatan arah ke pulau.


Sementara itu , Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah , Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Ab. Hamid berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila tayar lori berkenaan mengalami kerosakan dan terbalik.


"Ketika ini dua lorong ditutup bagi kerja mengalihkan lori dan membersihkan jalan," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE